Tuesday, December 22, 2009

TIGA 'G'


TIGA 'G ' ( GEBU , GEMPAL , GEMUK )






Maksud atau istilah 'terlalu gemuk' lah, dan awak 'obes' yang kita selalu gunakan dalam percakapan harian bermaksud julat badan yang melebihi ukuran yang dipertimbangkan sihat berdasarkan ketinggian sesorang individu. Ada 2 jenis gemuk :- terlalu gemuk dan obes.

Cara-cara mengukur kegemukan.
untuk orang dewasa
Julat julat 'terlalu gemuk ' atau 'obes' ditentukan dengan menggunakan berat dan tinggi untuk mengira indeks jism tubuh ' Body Mass Index (BMI). Atau lebih mudah pergi kat mana mana klinik swasta dan kerjaan ada disedia carta BMI ini.
langkah seterusnya
Timbang berat badan sendiri. kemudian ukur ketinggian, rujuk pada carta atau 'calculator' dan
kita akan tahu sama ada 'terlalu gemuk' atau 'obes'

BMI CALACULATOR DAN CARTA BMI

BMI digunakan untuk mengukur kegemukan kerana ia berhubung kait dengan jumlah lemak badan. Bagaimanapun, BMI tidak boleh mengukur lemak badan secara langsung.

Kegemukan juga boleh dikira dengan mengukur ketebalan lipatan kulit dan lilitan pinggang, pengiraan nisbah lilitan pinggang ke punggung, ultrabunyi,tomografi berkomputer dan MRI.

Untuk kanak kanak/remaja
Selepas pengiraan BMI , angka BMI akan diplot pada carta BMI, mengenai perkembangan umur bagi lelaki atau perempuan untuk mendapat rangking 'percentile.'

Ataupun dengan mengukur ketebalan lipatan kulit ,penilian pemakanan,aktiviti fizikal,sejerah keluarga dan pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian.

Berat badan yang ideal/unggul
Tinggi (m) Berat(kg)
1.5 --------48.8
1.6 --------55.6
1.7 ------- 62.7
1.8-------- 70.3
1.9 --------8.3

Awas bahaya gemuk !
Tekanan darah tinggi
Osteoartritis
Dyslipidemia
Kencing manis
Sakit jantung
Penyakit jantung koronari
Angin ahmar
Penyakit pundi hempudu
Masalah-masalah pernafasan
Kanser seperti endometrial, buah dada dan kolon.
(sumber pusat kawalan dan pencegahan penyakit Amerika Syarikat (CDC))

No comments:

Post a Comment