Monday, August 23, 2010

TANDA TANDA KEMATIAN




Menurut Uthman b. Affan, Rasullah s.w.a bersabda: Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya. Apabila kedua-dua matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun.Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik,tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya.
Tambah Md Yunus Abd Aziz, di antara tanda-tanda kematian yang di khabarkan oleh mereka yang arif dan pengalaman luas dalam hal berkenaan ialah seperti layu atau jatuh kedua dua telinga dan hidung(sebelum nazak) ,kedua dua tumit kaki menjadi lembut , hidung menjadi bengkok, alis mata makin hilang , kulit muka jadi tegang, tulang pinggang rapat ke lantai, keluar peluh dan air mata.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Seseorang kamu itu tidak boleh mati melainkan dia mesti bersangka baik terhadap Allah"Sementara itu Allah s.w.t berfirman : Aku sentiasa bersama dengan 'zhan' (sangkaan) seseorang.Oleh sebab itu janganlah seseorang hamba itu bersangka dengan -Ku selain sangkaan yang baik.- (Hadis Qudsi)
Manakala, orang yang merasakan diri mereka sudah berada di penghujung hayat, langkah terbaik ialah menyelesaikan hutang pitungnya terlebih dahulu.
Di dalam kitab Zahri Riyadh di ceritakan bahawa Nabi Yaakub bersabahat dengan malaikat maut. Suatu hari malaikat maut datang mengunjunginya. Nabi Yaakub bertanya kepada malaikat: "Wahai malaikat maut, engkau datang sekadar mengunjungiku atau hendak mencabut nyawa ku ?" Malaikat maut menjawab "Aku hanya datang berkunjung"
Nabi Yaakub pun berkata " Aku mohon engkau memenuhi permintaanku." Apakah permintaan itu?" tanya malaikat maut.
Nabi Yaakub menjawab " Apbila ajalku telah dekat , tolong engkau beritahu padaku." Malaikat maut pun berkata " Baiklah , nanti akan ku hantarkan kepadamu dua atau tiga orang utusan."
Pada waktu ajal Nabi Yaakub hampir tiba, datanglah malaikat maut kepadanya.Seperti biasa Nabi Yaakub bertanya engkau hanya berkunjung atau ingin mencabu nyawaku?" Malaikat maut menjawab: "Kali ini aku datang untuk mencabut nyawamu"
Nabi Yaakub menjadi hairan , "Bukankah engkau telah berjanji kepadaku akan hantar dua atau tiga orang utusan untuk memaklumkannya kepadaku?"
Malailat maut menjawab."Aku telah lakukan iyu. Ketahuilah bahawa putihnya rambutmu setelah berwarna hitam, kelemahan tubuhmu setelah engkau kuat dan bongkok tubuhmu setelah engkau berbadan tegap, itulah tiga perkara yang merupakan utusanku kepada anak Adam sebelum dia mati."

- UTUSAN MALAYSIA-(Jumaat 2005)

No comments:

Post a Comment