Wednesday, March 31, 2010

MELAYU PERLU BUKA BIDANG PERNIAGAAN BARU

Baru baru ini saya ada terbaca dalam surat khabar Utusan Malaysia tentang perniagaan orang melayu yang di tulis oleh En: Nassrul Hakim Md Jani. Pada pendapat saya rencana beliau amat menarik dan betul. Maka saya salinan semula untuk kita kongsi dan renung bersama.


"Buat apa berniaga menjual barang elektrik, orang bukan beli televisyen setiap hari".Kalau nak berniaga bukalah mini market sebab orang beli barang dapur setiap hari."Inilah nasihat yang biasa kita dengar apabila orang Melayu ingin membuka perniagaan.
Kerana itu, jika perhati di sekeliling kita jenis perniagian yang menjadi pilihan perniaga Melayu masih terikat dengan perniagaan perniagaan yang streotaip contoh-contoh seperti kedai runcit , mini market ,kedai makan/warung dan restuarant.
Dalam pemerhatian penulis orang Melayu banyak berpegang kepada prinsip "beniaga produk yang dibeli orang ramai setiap hari" dalam memilih jenis peniagaan yang ingin mereka ceburi.Kerana itu mereka lebih suka membuka kedai runcit dan mini market kerana bagi mereka setiap hari orang akan membeli barangan keperluan dapur dan makanan.
Fahaman orang melayu tentang business selain daripada diatas agar sukar berjaya, seperti business jual minyak wangi, kasut barang eletronik, pemainan kanak kanak,jam dan
pinggang -mangkuk, kerana pada mereka orang tidak membeli produk ini setiap hari.
Apatah lagi untuk menjual kereta, kerana biasanya orang akan tukar kereta setiap 5 ke 8 tahun sekali.Yang sebenarnya walau pun seseorang itu tidak membeli setiap produk tadi pada setiap hari tetapi setiap hari pasti ada pelanggan yang belainan yang akan membelinya.Inilah agar sukar bagi orang melayu fahami business ini.
Sikap peniaga Melayu yang suka membuka perniagaan yang sudah diusahakan oleh orang lain, sebenar menimbulkan banyak masalah.Sebagai contoh kita lihat jika ada orang yang membuka gerai goreng pisang di satu-satu tempat maka banyaklah selepas itu orang lain yang membuka gerai menjual goreng pisang juga. Bukan itu sahaja gerai ini dibuka berhampiran, lama kelamaan gerai-gerai ini akan tutup ,sebab semua nak rebut pelangan.
Dalam bidang perniagaan yang melibatkan kemahiran teknikal pula masih kurang penyertaan dari kalangan usahawan Melayu .Cuba perhatikan kawasan masing di bandar atau luar bandar, berapakah perniagaan seperti bengel motor/kereta , penyelenggaraan hawa dingin dan juga kaca dan aluminium yang diusahakan oleh orang Melayu.
Walaupun memang ada bengkel kereta milik orang melayu tetapi jumlahnya masih sedikit berbanding dengan jumlah pelatih-pelatih yang dihasilkan oleh pusat -pusat latihan yang di usahakan oleh kerajaan..Mereka lebih minat kerja makan gaji dengan syarikat atau kilang .
Penulis pernah berjumpa dengan seorang mekanik di sebuah pusat servis.Daripada pemerhitian penulis mekanik tersebut memang cekap dan mahir.
Tetapi apabila ditanya adakan rancangan masa depan untuk membuka bengkel sendiri, jawapannya dia tidak mahiu mengambil risiko dan lebih suka makan gaji yang disifatnya lebih terjamin.
Usahawan Melayu perlu sedar bahawa penglibatan mereka dalam bidang perniagaan bukan sekadar untuk mencari keuntungan tetapi sebagai tuntutan fardu kifayah .Fadyu Kifayah bukan sekadar solat berjemaah atau menguruskan jenezah sahaja.
Adalah menjadi tanggungjawab untuk segolongan umat Islam yang menjalankan perniagaan yang memenuhi keperluan umat Islam di sesuatu kawasan. Jika tidak seluruh umat Isalm di kawasan tersebut akan berdosa.
Alangkah indahnya ,jika kita dapat berbelanja apa sahaja yang kita perlu di kedai milik bangsa kita sendiri.Bayangkan jika kita boleh menempah dan memasang penggera rumah yang di jual dan pasang oleh orang melayu sendiri.
Usahawan Melayu perlu ingat bahawa orang Melayu sentiasa sokong perniagaan yang di usahakn oleh orang Melayu sendiri.Tetapi apabila tidak orang Melayu yang menjalankan sesuatu perniagaan yang memenuhi keperluan ,mereka terpaksalah memilih untuk membeli di kedai orang lain.
Sungguh pun bagitu usahawan atau perniaga melayu pula tidak boleh menganggap bahawa jika mereka membuka sesuatu perniagaan maka semua orang Melayu lain akan memberi sokongan walau apa pun terjadi.Ini tidak betul.
Usahawan Melayu harus menjaga kualiti dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk memboleh orang Melayu lain memberikan sokongan kepada perniagaan mereka.Selain itu mereka juga harus bijak menangani persaingan harga agar pelangan tidak lari kepada pesaing.

No comments:

Post a Comment