Thursday, May 30, 2013




SEDIA MENERIMA TEMPAHAN MENJAHIT PELBAGAI JENIS LANGSIR UNTUK RUMAH BARU / PEJABAT /KEDAI/SEKOLAH  D.L.L,SERTA MEMASANG RAIL DENGAN HARGA YANG PATUT. 
(KHAS HANYA UNTUK  KAWASAN KUANTAN SAJA.)



ZAITON:
Tel: 019-9072435
     : 013-9932435.
Email: fathmaju@yahoo.com








Wednesday, May 29, 2013

PROJEK MEMASANG RAIL DAN LANGSIR DI DAMANSARA KUANTAN.




 Akesori rail langsir jenis kayu




 Eyelet langsir di masuk ke rail kayu sebelum di pasang.

 Eyelet langsir di masuk ke rail  kayu



 Langsir jenis eyelet siap di pasang.




 Lagi langsir jenis eyelet siap di pasang.



PROJEK MEMASANG RAIL LANGSIR DI INDERA SEMPURNA .KUANTAN

 Rail di beli kat kedai hard ware .Di potong  ke ukuran yang di hendaki.


 Akesori untuk  di masuk  ke rail langsir

 Siap untuk di pasang.

Kerja memasang pada tingkap.

















Siap di pasang di tingkap.



Monday, August 23, 2010

TANDA TANDA KEMATIAN




Menurut Uthman b. Affan, Rasullah s.w.a bersabda: Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya. Apabila kedua-dua matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun.Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik,tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya.
Tambah Md Yunus Abd Aziz, di antara tanda-tanda kematian yang di khabarkan oleh mereka yang arif dan pengalaman luas dalam hal berkenaan ialah seperti layu atau jatuh kedua dua telinga dan hidung(sebelum nazak) ,kedua dua tumit kaki menjadi lembut , hidung menjadi bengkok, alis mata makin hilang , kulit muka jadi tegang, tulang pinggang rapat ke lantai, keluar peluh dan air mata.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Seseorang kamu itu tidak boleh mati melainkan dia mesti bersangka baik terhadap Allah"Sementara itu Allah s.w.t berfirman : Aku sentiasa bersama dengan 'zhan' (sangkaan) seseorang.Oleh sebab itu janganlah seseorang hamba itu bersangka dengan -Ku selain sangkaan yang baik.- (Hadis Qudsi)
Manakala, orang yang merasakan diri mereka sudah berada di penghujung hayat, langkah terbaik ialah menyelesaikan hutang pitungnya terlebih dahulu.
Di dalam kitab Zahri Riyadh di ceritakan bahawa Nabi Yaakub bersabahat dengan malaikat maut. Suatu hari malaikat maut datang mengunjunginya. Nabi Yaakub bertanya kepada malaikat: "Wahai malaikat maut, engkau datang sekadar mengunjungiku atau hendak mencabut nyawa ku ?" Malaikat maut menjawab "Aku hanya datang berkunjung"
Nabi Yaakub pun berkata " Aku mohon engkau memenuhi permintaanku." Apakah permintaan itu?" tanya malaikat maut.
Nabi Yaakub menjawab " Apbila ajalku telah dekat , tolong engkau beritahu padaku." Malaikat maut pun berkata " Baiklah , nanti akan ku hantarkan kepadamu dua atau tiga orang utusan."
Pada waktu ajal Nabi Yaakub hampir tiba, datanglah malaikat maut kepadanya.Seperti biasa Nabi Yaakub bertanya engkau hanya berkunjung atau ingin mencabu nyawaku?" Malaikat maut menjawab: "Kali ini aku datang untuk mencabut nyawamu"
Nabi Yaakub menjadi hairan , "Bukankah engkau telah berjanji kepadaku akan hantar dua atau tiga orang utusan untuk memaklumkannya kepadaku?"
Malailat maut menjawab."Aku telah lakukan iyu. Ketahuilah bahawa putihnya rambutmu setelah berwarna hitam, kelemahan tubuhmu setelah engkau kuat dan bongkok tubuhmu setelah engkau berbadan tegap, itulah tiga perkara yang merupakan utusanku kepada anak Adam sebelum dia mati."

- UTUSAN MALAYSIA-(Jumaat 2005)

Wednesday, March 31, 2010

MELAYU PERLU BUKA BIDANG PERNIAGAAN BARU

Baru baru ini saya ada terbaca dalam surat khabar Utusan Malaysia tentang perniagaan orang melayu yang di tulis oleh En: Nassrul Hakim Md Jani. Pada pendapat saya rencana beliau amat menarik dan betul. Maka saya salinan semula untuk kita kongsi dan renung bersama.


"Buat apa berniaga menjual barang elektrik, orang bukan beli televisyen setiap hari".Kalau nak berniaga bukalah mini market sebab orang beli barang dapur setiap hari."Inilah nasihat yang biasa kita dengar apabila orang Melayu ingin membuka perniagaan.
Kerana itu, jika perhati di sekeliling kita jenis perniagian yang menjadi pilihan perniaga Melayu masih terikat dengan perniagaan perniagaan yang streotaip contoh-contoh seperti kedai runcit , mini market ,kedai makan/warung dan restuarant.
Dalam pemerhatian penulis orang Melayu banyak berpegang kepada prinsip "beniaga produk yang dibeli orang ramai setiap hari" dalam memilih jenis peniagaan yang ingin mereka ceburi.Kerana itu mereka lebih suka membuka kedai runcit dan mini market kerana bagi mereka setiap hari orang akan membeli barangan keperluan dapur dan makanan.
Fahaman orang melayu tentang business selain daripada diatas agar sukar berjaya, seperti business jual minyak wangi, kasut barang eletronik, pemainan kanak kanak,jam dan
pinggang -mangkuk, kerana pada mereka orang tidak membeli produk ini setiap hari.
Apatah lagi untuk menjual kereta, kerana biasanya orang akan tukar kereta setiap 5 ke 8 tahun sekali.Yang sebenarnya walau pun seseorang itu tidak membeli setiap produk tadi pada setiap hari tetapi setiap hari pasti ada pelanggan yang belainan yang akan membelinya.Inilah agar sukar bagi orang melayu fahami business ini.
Sikap peniaga Melayu yang suka membuka perniagaan yang sudah diusahakan oleh orang lain, sebenar menimbulkan banyak masalah.Sebagai contoh kita lihat jika ada orang yang membuka gerai goreng pisang di satu-satu tempat maka banyaklah selepas itu orang lain yang membuka gerai menjual goreng pisang juga. Bukan itu sahaja gerai ini dibuka berhampiran, lama kelamaan gerai-gerai ini akan tutup ,sebab semua nak rebut pelangan.
Dalam bidang perniagaan yang melibatkan kemahiran teknikal pula masih kurang penyertaan dari kalangan usahawan Melayu .Cuba perhatikan kawasan masing di bandar atau luar bandar, berapakah perniagaan seperti bengel motor/kereta , penyelenggaraan hawa dingin dan juga kaca dan aluminium yang diusahakan oleh orang Melayu.
Walaupun memang ada bengkel kereta milik orang melayu tetapi jumlahnya masih sedikit berbanding dengan jumlah pelatih-pelatih yang dihasilkan oleh pusat -pusat latihan yang di usahakan oleh kerajaan..Mereka lebih minat kerja makan gaji dengan syarikat atau kilang .
Penulis pernah berjumpa dengan seorang mekanik di sebuah pusat servis.Daripada pemerhitian penulis mekanik tersebut memang cekap dan mahir.
Tetapi apabila ditanya adakan rancangan masa depan untuk membuka bengkel sendiri, jawapannya dia tidak mahiu mengambil risiko dan lebih suka makan gaji yang disifatnya lebih terjamin.
Usahawan Melayu perlu sedar bahawa penglibatan mereka dalam bidang perniagaan bukan sekadar untuk mencari keuntungan tetapi sebagai tuntutan fardu kifayah .Fadyu Kifayah bukan sekadar solat berjemaah atau menguruskan jenezah sahaja.
Adalah menjadi tanggungjawab untuk segolongan umat Islam yang menjalankan perniagaan yang memenuhi keperluan umat Islam di sesuatu kawasan. Jika tidak seluruh umat Isalm di kawasan tersebut akan berdosa.
Alangkah indahnya ,jika kita dapat berbelanja apa sahaja yang kita perlu di kedai milik bangsa kita sendiri.Bayangkan jika kita boleh menempah dan memasang penggera rumah yang di jual dan pasang oleh orang melayu sendiri.
Usahawan Melayu perlu ingat bahawa orang Melayu sentiasa sokong perniagaan yang di usahakn oleh orang Melayu sendiri.Tetapi apabila tidak orang Melayu yang menjalankan sesuatu perniagaan yang memenuhi keperluan ,mereka terpaksalah memilih untuk membeli di kedai orang lain.
Sungguh pun bagitu usahawan atau perniaga melayu pula tidak boleh menganggap bahawa jika mereka membuka sesuatu perniagaan maka semua orang Melayu lain akan memberi sokongan walau apa pun terjadi.Ini tidak betul.
Usahawan Melayu harus menjaga kualiti dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk memboleh orang Melayu lain memberikan sokongan kepada perniagaan mereka.Selain itu mereka juga harus bijak menangani persaingan harga agar pelangan tidak lari kepada pesaing.

Friday, January 15, 2010

Tuah lelaki umur 50

GAMBAR HIASAN
Satu hasil kaji selidik oleh Warner Leisure Hotel yang dipetik oleh Telegraph mengatakan bahawa lelaki yang berumur 50 tahun ke atas paling romantik.!
Satu survey yang dilakukan terhadap 2,000 lelaki yang berumur dalam lingkungan 16- 65 tahun dapati bahawa 75% lelaki berumur antara 51-55 tahun mengungukapkan " I love you" setiap hari kepada pasangan masing masing.
Tambahan dalam survey itu juga mendapati bahawa sebahagian besar daripada lelaki 50-an ni sering memberi kejutan kepadan pasangannya dengan pemberian hadiah seperti bunga, coklat dan minyak wangi.Item ini adalah pemberian paling popular.Tetapi di sebalik nya lebih kurang 24% sahaja lelaki berumur 25-an melakukan perkara sedemikian.
Ini belum ambil kira hal-hal yang berkaitan kehidupan diranjang.Pastinya pengalaman akan menjadikan lelaki 50-an in sentiasa bijak melayan kehendak dan keperluan pasangannya.Setiap wantia akan berasa tenang dan nyaman bersaman mereka ini.
Bertuahlah lelaki yang melepasi usia 50 tahun. Mereka sentiasa berada di "top 10 list" dalam carta lelaki idaman.
Di samping tu amat wajar jika isteri menaruh kebimbingan. Puncak keromantisan lelaki ini harus di kawal agar mereka akan sentiasa melingkari kehidupan mereka sahaja.Tetapi kalau mahu berkongsi manisnya romantisme lelaki berusia 50-an, apa salahnya!
Realitinya tidak ramai wanita yang rela. Jadi, manfaatkanlah puncak romantik seorang lelaki seumur ini. Jika diungkap "I Love You",jangan dikatakan buang tabiat.Persiapakan diri dan lengkapkan diri agar puncak romantisme ini tidak tertumpu kepada yang lain. Ini mungkin fenomena wantia muda menikahkan lelaki berumur 50-an masa kini.
-sumber dari nuranilelaki@yahoo.com-

Tuesday, December 22, 2009

TIGA 'G'


TIGA 'G ' ( GEBU , GEMPAL , GEMUK )






Maksud atau istilah 'terlalu gemuk' lah, dan awak 'obes' yang kita selalu gunakan dalam percakapan harian bermaksud julat badan yang melebihi ukuran yang dipertimbangkan sihat berdasarkan ketinggian sesorang individu. Ada 2 jenis gemuk :- terlalu gemuk dan obes.

Cara-cara mengukur kegemukan.
untuk orang dewasa
Julat julat 'terlalu gemuk ' atau 'obes' ditentukan dengan menggunakan berat dan tinggi untuk mengira indeks jism tubuh ' Body Mass Index (BMI). Atau lebih mudah pergi kat mana mana klinik swasta dan kerjaan ada disedia carta BMI ini.
langkah seterusnya
Timbang berat badan sendiri. kemudian ukur ketinggian, rujuk pada carta atau 'calculator' dan
kita akan tahu sama ada 'terlalu gemuk' atau 'obes'

BMI CALACULATOR DAN CARTA BMI

BMI digunakan untuk mengukur kegemukan kerana ia berhubung kait dengan jumlah lemak badan. Bagaimanapun, BMI tidak boleh mengukur lemak badan secara langsung.

Kegemukan juga boleh dikira dengan mengukur ketebalan lipatan kulit dan lilitan pinggang, pengiraan nisbah lilitan pinggang ke punggung, ultrabunyi,tomografi berkomputer dan MRI.

Untuk kanak kanak/remaja
Selepas pengiraan BMI , angka BMI akan diplot pada carta BMI, mengenai perkembangan umur bagi lelaki atau perempuan untuk mendapat rangking 'percentile.'

Ataupun dengan mengukur ketebalan lipatan kulit ,penilian pemakanan,aktiviti fizikal,sejerah keluarga dan pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian.

Berat badan yang ideal/unggul
Tinggi (m) Berat(kg)
1.5 --------48.8
1.6 --------55.6
1.7 ------- 62.7
1.8-------- 70.3
1.9 --------8.3

Awas bahaya gemuk !
Tekanan darah tinggi
Osteoartritis
Dyslipidemia
Kencing manis
Sakit jantung
Penyakit jantung koronari
Angin ahmar
Penyakit pundi hempudu
Masalah-masalah pernafasan
Kanser seperti endometrial, buah dada dan kolon.
(sumber pusat kawalan dan pencegahan penyakit Amerika Syarikat (CDC))